Thursday, August 25, 2011

Kerana agama, atau kuasa?



sumber gmbar.

Ketika di zaman negara kita sedang menuntut kemerdekaan, ketika itu orang Melayu kebanyakan mereka tinggal di kampung2 dan pinggir kota. Mereka tidak dapat pendidikan asas dan pendidikan mereka yang terdedah hanyalah pelajaran agama dari 'ustaz'2 yang berceramah di masjid. Namun, terdapat juga orang Melayu berasal dari keluarga elit dan diraja yang mendapat pendidikan Inggeris di bandar. Mereka inilah yang telah menggunakan kesedaran ilmu dalam diri mereka untuk menuntut kemerdekaan.

Ditakdirkan Allah, mereka berjaya menuntut kemerdekaan tersebut dan menjadi pemimpin awal di negara ini. Namun, mereka yang berpendidikan Inggeris ini kurang ilmu agamanya, malahan terdedah dengan propaganda2 memburukkan agama Islam di negara barat tempat mereka menuntut ilmu. Sebaliknya, terdapat satu lagi golongan Melayu yang terdedah dengan ilmu agama dari sekolah-sekolah pondok dari Acheh, selatan Thailand etc yang juga mengambil peluang kemerdekaan itu untuk berjuang 'menegakkan undang2 Islam'.

Kehadiran mereka tersebut secara tak langsung menyebabnkan pemimpin yang ada rasa tergugat apabila terdapat satu kumpulan yang berjuang atas nama 'Islam'. Sedangkan pada pendapat ak, disinilah kesilapan awal yang berlaku bila mereka memperjuangkan untuk mendapatkan 'pangkat' & 'kuasa' atas panggilan 'jihad utk menegakkan hukum Allah', sebelum smpai dakwah tentang Islam yang sebenar kepada pemimpin2 negara ini.

Secara x sengaja, mereka telah mem'provoke' pemimpin yang kurang agamanya itu menyebabkan mereka berasa 'fobia' dengan perkataan Islam & melakukan pelbagai cara supaya "islam yang ditakuti" itu tak menyular, walaupun pada hakikat dalam diri mereka, mereka tau bahawa agama Islam itu penting.

Di sini, ramai yang x tau bagaimana 'situasinya' duduk di atas sana. Mereka hanya pandai berkata, memberi cadangan, mengatakan die perlu buat begini, begitu.

Suka untuk ak katakan, bukan mudah untuk menjadi pemimpin. Sebab itu tak salah kalau dikatakan,
"Siapa yang x pernah menjadi pemimpin, x layak untuk mengkritik pemimpin."

Menjadi ketua;
Ketika kita melakukan dan menganjurkan pelbagai perkara yang baik, pemimpin JARANG SEKALI akan dihargai kebaikkannya itu, sedangkan selesai melakukan benda tersebut, die tak akan dapat sedikit untung pon melainkan utk orang bawahannya. Malahan dikatakan kepadanye, "Da itu memang kerja ko." Kerana itu sering orang ckap ketika di MRSM2, "BWP (badan wakil pelajar)?? ouh jadik kuli budak." Kerana itu memang hakikatnye. Tapi kite terlupa, kalau tanpa ketua, sesuatu yang besar tak akan dapat dilakukan kerana masing2 melakukan perkara sendiri. Malah pentingnya ketua ini, sehingga Baginda menyuruh kita memilih seorang ketua jika kite mengembara jauh lebih dari dari 3 orang.

Tapi bile seorang ketua melakukan kesilapan, semua orang akan mula menuding jari menyalahkan die x melakukan kerja dengan betul, gagal, x bole harap, dikutuk, di caci dan macam2 lagi. Ini lah hakikat menjadi ketua.

Malahan, 'godaan' berada di atas itu bukan semudah yang kita sangkakan. Ketika usaha kita tak dihargai, seorang Muslim yang betul akan sedar, die buat bukan utk mendpat pujian orang lain tp kerana Allah semata-mata. Tapi utk memujuk hati dengan berkata ini bukan mudah untuk mereka yang lemah imannya. Sering kali perasaan bangga diri, riak, takbur, peluang untuk salah guna kuasa utk kpentingan diri mengetuk pintu kehidupan seorang ketua. Jadi x hairanlah pemimpin yang x lengkap ajaran agamanya melakukan kesalahan tersebut.

Tapi masih ramai x sedar, betapa negara kita bertuah dikurniakan-Nya pemimpin yang betul2 ikhlas niatnya hendak membangunkan negara ini di sebalik kesilapan2 yang mereka lakukan. Ak x paham kenapa mereka yang pergi ke negara Mesir tak nampak perbezaan 'diktator Mahathir' dengan Hosni Mubarak di Mesir, Gadaffi di Libya, khmer rouge di kemboja dan banyak lagi. Mubarak nampak dengan jelas langsung mengabaikan negaranya ketika ak pergi ke sana, rakyatnye hidup dalam keadaan miskin sedang die hidup mewah, ramai x bersyukur dengan perubahan yang berbeza di negara kita ini berbanding zaman 70-an, 80-an dan 90-an. Malahan banyak lagi negara2 lain yang pemimpin x pena kisah nak membangunkan negara mereka sehingga x banyak berbeza hari ni seperti Indonesia, Kemboja, Mesir, negara2 di Asia Tengah etc etc. Tetapi negara kita pada hari ini, ramai berpusus-pusu datang ke sini hendak mencari rezki yang ada di tanah istimewa nih.

Suke untuk ak beritahu, ak dibesarkan di dlam keluarga pembangkang, di mana ibu bapa ak selalu membeli surat khabar harakah dan bercerita tentang kezaliman 'pemimpin'. Di dalam harakah, penuh dengan berita keburukan & kezaliman yang dilakukan kerajaan. Curious, ak mula menyiasat sendiri apakah betul apa yang dikatakan. Malahan, ak berasa pelik, kalau betul die ni benar2 zalim, kenapa ade orang masih menyokong die? Jadi apabila ak membaca buku 'Dilemma Melayu' yang ditulis oleh tun dr itu dulu, baru ak dapat faham dengan jelas sebab utama yang sangat kritikal kenapa "Hak2 Melayu" diwujudkan. Yang akhirnye, tujuannya adalah untuk mengurangkan gap kekayaan yang sangat besar antara kaum yang seumpama bom yang boleh meletup bila-bila masa jika gap itu tak dikecikkan tanpa melakukan usaha yang sepatutnya.

Tapi pelik, hari ini ramai orang Melayu yang berjaya kerana adanya quota tersebut menjerit meminta 'kesamarataan' tanpa tau asal usul perkara tersebut. Jadi ak cadangkan, jika kamu rasa 'hak melayu' itu tidak Islamik, seperti yang ak sangkakan dulu, cuba baca buku yang ditulis Tun Dr seblum die menjadi pm itu dulu, dan kalau nak lagi best, artikel2 Ridhuan Tee, baru kite buka mata dan tau siapa yang racist sebenarnya.

Berbalik kepada topik asal kita, ak percaya untuk mengembangkan Islam, bukan dengan cara mendapatkan kuasa pemerintahan, kerana cara ini akan mem'provoke' pihak berkuasa dan akhirnya berlaku 'pertempuran' dan 'pergaduhan' yang x perlu, yang akhirnye merugikan umat Islam sendiri di negara ini. Kerana apa yang ak lihat, 'peperangan' itu akhirnya bukan berlaku antara orang Islam dan bukan Islam, tapi antara orang Islam yang terlampau hendak menegakkan hukum Allah, dan orang Islam yang lemah akidah dan kurang ilmu agamanya.

Jika kita imbas kembali sirah Rasulullah S.A.W, baginda menolak pangkat yang diofferkan oleh musyrikin mekah ketika di zaman awal pemerintahan. Yes, memang perkara itu atas syarat berhenti dakwah, tp secara hakikatnya, apabila seseorang menjadi ketua, die bole saja men'twist' syarat itu secara perlahan utk kepentingan agama, atau menggunakan cara halus atas pangkat yang die ada.
Tapi tak, baginda menolak pangkat itu dan memilih untuk terus memanggil orang ramai kembali kepada hakikat hamba Allah yang sebenar tanpa mengejar pangkat atau kekuasaan. Di Madinah, baginda diangkat menjadi ketua SETELAH terdapat ramai yang benar2 faham Islam dan mengaku baginda sebagai ketua.

Tetapi, organisasi yang diwujudkan itu pun hanya UNTUK MELICINKAN KERJA DAKWAH, BUKAN MENDAPATKAN KEKUASAAN DI MEKAH. Jadi disitulah Islam terus berkembang, atas kerja dakwah.
Tapi hari ini, ak melihar ramai yang terlalu gopoh mengejar pangkat sebelum dakwah selesai. Malahan, semakin ditindas, semakin mereka membalas kekasaran itu dengan kekasaran. Itukan yang diajar baginda? Mengumpat, memberi gelaran, menanam perasaan benci ke dalam hati pengikut kepada seseorang atau sesuatu kumpulan.

Adakah mereka terlupa semasa zaman awal dakwah baginda, ketika para sahabat dihina, ditindas, dizalimi, dipulau, diancam bunuh, X PERNAH LANGSUNG baginda kata, SIAP SEDIA UNTUK BALAS. Seperti bilal yang dihempap dengan batu. Sebaliknya, baginda terus kata, "Sabar".
Sehingga bila ada seorang sahabat yang tak tahan dengan pelbagai seksaan tersebut, berjumpa dengan baginda dan berkata, "Apakah dirimu x bole mendoakan agar bantuan smpai untuk kita?". Baginda membalas dengan berkata yang lebih kurang, "Apakah kamu tidak bole bersabar? Sesungguhnya sebelum2 kamu ada orang yang dipenggal badannya kerana mempertahankan akidah."

Islam telah bangkit apabila baginda & para sahabat yang awal terus sabar ditindas tanpa membalas kekasaran, meneruskan kerja memanggil manusia ke akidah yang sebenar, mewujudkan sebuah biah solehah yang menjadi contoh kepada orang lain sehingga manusia datang sendiri kerana tertarik dengan kecantikan Islam itu. Bukannya pada perasaan benci yang seperti mana ak sering lihat di ceramah parti politik meniupkan api2 kebencian dan kemarahan kedalam hati pengikutnya.

Jadi ak menyeru kepada umat Islam, berhentilah saling membenci dan bergaduh sesama sendiri. Ak bukanlah penyokong fanatik mana2 pihak, hanya seorang pelajar yang tiada apa2 kepentingan, hanya mencari jawapan kepada masalah umat ku di negara ini.

Jawapannya bukan di kepada mengejarkan pangkat dan kuasa sehingga menyebabkan umat Islam berpecah, tetapi di jalan mengajar manusia dan terus mengajar kepada orang lain apakah itu Islam yang sebenar. Kerana ak tau, masih ramai lagi orang Islam di negara ini yang tak kenal apakah Islam yang sebenar.

Ketika ak membuat penyimpulan begini, bukanlah ak menkonklusi mengikut hukum akal fikiran atau emosi. Malahan perkara ini juga yang dilakukan oleh as-syahid Hassan Al-Banna, yang perjuangan dakwahnya yang sebenar tanpa mengejar pangkat atau kekuasaan politik berjaya membuahkan sebuah organisasi Ikhwanul Muslimin yang disegani ramai pada hari ini.

Jika hari ini kita melihat masalah2 umat terus berlaku, sebelum kita tuding jari menuduh orang lain bertanggungjawab, tepuk dada tanya iman, pernahkan kita menegur & mengajar saudara-mara dan sahabat kite tentang Islam? atau kite memilih utk membenci mereka atas kesilapan yang dilakukan mereka kerana kejahilan mereka?

Pernahkah kita melakukan sesuatu seperti baginda yang menyuapkan makanan ke dalam mulut seorang perempuan Yahudi buta tua, di mana di kala baginda menyuapkan makanan itu, wanita itu sedang menghina, mencaci, memaki orang yang memberi die suapan?

Terakhir sekali, janganlah terlampau mengikut emosi dihadapan kezaliman pemerintah, kerana ak pecaya dengan kebenaran yang hakiki dalam hadis baginda, "Daripada Ummu Salamah r.ha Isteri Rasulullah s.a.w bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Akan ada nanti para pemerintah yang mana ada tindakan mereka kamu setujui dan ada yang kamu ingkari, maka barangsiapa yang dapat mengenal pasti (antara yang baik dan buruk perbuatan mereka) maka dia akan terlepas (dari maksiat), barangsiapa yang mengingkarinya akan selamat, tetapi mereka yang reda dan mengikut (maka dia binasa)”. Kata Sahabat: Apakah tidak wajar kami memerangi mereka? Jawab baginda s.a.w: “Tidak boleh, selama mereka mendirikan solat”. [Muslim, Abu Daud, & al-Tarmi." kerana dalam mengikut hadis ini, ia perlu jalan seiring dengan kewajipan berdakwah antara kita.

Jika dirimu x pernah mengajak kepada kebenaran & mencegah kemungkaran, malahan masih melakukan kezaliman kepada-Nya dan diri sendiri tanpa rasa bersalah, tak perlulah nak berimpian hendak mengalahkan kezaliman orang lain.

Sekian, assalamualaikum~ =)





1 comment: