Sunday, November 7, 2010

Di jalan-Mu, kutemui tujuan hidupku II



Aku hanyalah seorang lelaki biasa yang mencari keamanan dan keadilan dunia, dan kutemui jawapannya di dalam agamaku, Islam.

Sebelum ini, ak bukanlah sorang budak yang seteruk mane. Solat 5 kali sehari jarang tinggal, pose bulan ramadhan pass, bayar zakat? belum masenye lagi. Umrah rezeki time form 3, dapat ah melawat rumah Allah. Minum arak, pakai seluar short, warnakan rambut jauh sekali. Tapi ak xde lah budak baik pon. Ader masanye ade je perasaan memberontak. Awek? Tah arh, ak memang malas nak carik, bukan xde sape yang ak minat, ade je, tapi......bila tau dosanye, buat donnow je perasaan tuh.

Aku paham tentang dosa pahala, mane yang baik, mane yang buruk, azab neraka, dan indahnya syurga. Secara tak langsung mungkin kerana ak dilahirkan di dalam keluarga yang pentingkan ilmu agama dan asbab kat johor ade sekolah agama kerajaan. Solat dulu pon ak besekan solat awal waktu, kerana ape yg ak pikir time tuh, alang2 nanti kene solat gak, bek buat dulu, dapat ah gak pahala solat awal skit. Tapi bile dengar kene jemaah stiap waktu, pernah gak rase, isk malas ak. Asal ak solat sudah.

Namun ak juga tak terlepas dari godaan nafsu. Ak mungkin x de awek, tapi ak bese je contact dengan kawan pompan. Chating, sms sampai lewat malam perkara bese. Dan ak agak rapat ngan ramai kawan pompan. Bukan untuk dijadikan awek pon, niat ak time tuh menambah kawan. Keluar lepak ngan dorang pon bese. Lagi bile ak keje kat metrojaya sebagai cashier, sume cashier yang sebaya ngan ak pompan, so most of the time keje ngan time makan ngan dorang je. Nafsu ke?? Tah laaa... tapi tipu kalau ak cakap ak x tergoda (suka?) dengan sape2 antara mereka.

Mencarut, mengumpat, mengutuk tuh lagi ah bende bese. Lalai ngan movies dan games. Yes, ak seorang gamers. Kalau dapat game yg ak da suka, x sah kalau x duduk depan pc sampai 3-4 jam.
Esp game strategy, favourite. Tembak2 duduk tempat kedua mcam call of duty.

Then ditakdirkan Allah, ak masuk kms.

Kat situ, ak didedahkan lagi dengan lebih luas tentang isu palestine, dan isu umat Islam seluruh dunia. Tentang umat Islam di Pattani, Thailand yang ditindas, di India, Africa, Bosnia, kaum Uighur di China dan banyak lagi. Isu buang bayi juga menjadi tajuk utama. Sape x sakit hati tgok bayi2 dibuang merata-rata. Sedih melihat keadaan umat Islam di negara sendiri yang makin teruk sedangkan kitalah yang paling bertuah banding dengan negara-negara lain.

Dimurahkan rezki, ak dapat pergi ke 2 negara dalam 2 tahun ini, Mesir dan Cambodia. Makin jauh ak merantau, makin banyak bende ak dapat lihat. Ak lihat rakyat Mesir yang ramai berjuta-juta dan MISKIN. Ak jumpa manusia2 yang tidur di tepi jalan di atas tar dalam kesejukan malam. Mereka yang hanya makan jagung di celah-celah bangunan tanpa ada rumah. Di kemboja juga keadaan tidak banyak beza. Kampung Juminik, tempat kami sume pergi. Di sana, walaupun penduduknya tidak ade yang terlampau kurus atau obesiti, dengan kata laen mereka sume cukup makan untuk hidup, tapi mereka tak ade sumber ilmu. Kitab-kitab yang mereka belajar sumer dari pendakwah2 zaman dahulu yang datang ke kampung mereka. Mereka dikekang dengan sumber kewangan dan tradisi. Mereka adalah kaum Charm yang bercakap bahasa Charm sedangkan kerajaan Kemboja menggunakan bahase Khmer sebgai bahase pengantar di sekolah kerajaan. Tak termasuk yang dorang terpakse belaja bahasa Inggeris juga. Betapa susahnye dorang nak mencari ilmu.

Kemudian di malaysia, mula panas dengan isu buang anak. Rempit, bunuh, rogol, zina berleluasa di merata tempat. Corruption, penyalahgunaan kuasa, penipuan, x yah cakap.

Tahun lepas akak ak dapat kerja di pedalaman sarawak sebagai cikgu, di batang ai, sri aman. Ak dapat peluang pergi ke sarawak teman akak dan parents ak yang time tuh tengah fikir nak terima ke x kerja tuh atas faktor tempat. Ak lihat keadaan sarawak yang mundur dan tiada pembangunan selaen di bandar2 besar. Orang asli yang masih tinggal di dalam rumah panjang dan dalam hutan. Ak mula berfikir, ya Allah, betapa mundurnye dorang. Mane usaha-usaha pembangunan dari kerajaan pusat?? bukan ke kat dorang antara penyumbang harta negara?? kenape tempat dorang x dimajukan gak??

Ketika kami tiba di sri aman, sarawak, semase berbual-bual dengan ketua errr, jabatan pendidikan sri aman, die ade cakap pasal sebuah jalan yang dipangil oleh budak-budak sekolah sane, "Jalan pilihan raya". Maksudnya dorang sendiri paham betape corruption berlaku. Yang mana 'pembangunan' dilakukan hanya ketika pilihan raya. Kebetulan pula time tuh batang ai baru berlaku pilihan raya kecil, kalau sape yang ingat tahun lepas.

Jadi diriku melihat kezaliman berlaku dengan dasyat di merata tempat. Masyarakat malaysia yang hidup aman damai tak menggunakan peluang dorang sebaeknya untuk menjadi sebuah masyarakt yang gempak. Dorang lalai dengan kemewahan dunia dan hiburan-hiburan yang melampau. Dosa-dosa besar dianggap perkara biase. Couple, berpegang-pegang antara bukan muhrim, mengumpat, mencarut, saling memaki. Sedangkan ummah Islam merata dunia ditindas dan dihina. Dorang dibunuh, dihalau dari tanah air, di rompak, dirogol dan dipermainkan seperti haiwan.

Yes, kalau dalam post sebelum ini, ak cakap tujuan hidup kita untuk mendapat keredhaan Allah serta syurga sebgai matlmat akhir, ak juga berfikir seperti tuh dulu, cukup arh ak buat sume rukun Islam, Iman dan tak menzalimi orang laen, bole ah gak masuk syurga. Ape nak jadik kat orang laen, jadik ah. Tapi ak terlupa, masih ade satu tanggungjawab yang ak masih x buat; menyelesaikan masalah ummat.

Cuba kita tanye diri kita, siapa lagi yang patut bantu umat Islam yang ditindas kat seluruh dunia ni??
kerajaan? pemimpin2 oic? negara arab? pbb?

Apekah diri kita sendiri x bole buat ape2?? macam mane dengan keadaan masyarakat malaysia sendiri yang porak peranda?

Betapa kita tak sedar, apabila masalah tersebut menimpa orang-orang tersayang kita, silapnya adalah kita tidak pernah menegur dorang sebelum perkara lebih teruk tersebut terjadik. Kita lupa untuk mengingatkan keluarga, adik beradik, saudara-mara dan rakan-rakan kita tentang azab neraka. Ketika dorang dah terhantuk, barulah kita tergapai-gapai mencari penyelesaian, seperti kes buang bayi.

Sebab itu, ak telah memilih jalan ini, jalan dakwah. Mengajak kepada kebaikan, mencegah kemungkaran.

Menjadi pendakwah bukan bermaksud ak dah jadi seorang yang perfect, yang tak buat dosa langsung. Jauh sekali. Ayat AlQuran berapa surah surah je yang ak hafal. Juzuk amma (juzuk 30) pon x lepas. Khusyuk dalam solat pon masih terkial-kial carik. Akhlak?? Masih tengah cuba baiki sehingga hari ini.

Ketika ak memilih jalan ini, ak tau, ak perlu mengubah diri ak dahulu, dan banyak bende yang kene ditukar. Games, hiburan-hiburan melampau, movies, melepak, kawan-kawan pompan. Ak cube sedaya upaya tidak berchating sehingga lewat malam lagi. Dan ak mula mencari ilmu-ilmu untuk dijadikan modal berdakwah. Yes, dakwah perlukan modal, bukan setakat mengajak manusia ke arah kebaikan tanpa ilmu agama di dada. Ayat-ayat AlQuran, hadis etc. Kat situ ak mule tau ape maknenye ak membace ilmu-ilmu agama. Di samping untuk diri sendiri, ia adalah sebagai persediaan jika terdapat persoalan-persoalan berkaitan. Ak da x mencarik lagi games dan movies. Tak dinafikan jika ade peluang ak masih main game di laptop mmber. Tapi sekadar hiburan di masa terlebih lapang. Ak tau, ade banyak lagi ilmu yang ak perlu carik.

Ak mula paham ape tujuan ak hidup setiap hari. Bukan sekadar mencari hiburan untuk menghabiskan masa-masa yang lapang dari merasa bosan. Tapi berfikir bagaimana ingin membaiki diri sendiri, dan masyarakat sekeliling.

Ketika ak bukak facebook, perasan sedih datang ketika melihat kawan-kawanku yang masih mencarik erti kehidupan. Dorang menyangka cinta kekasih itulah kebahagiaan sebenar. Tapi dorang x sedar betape dorang sedang tertipu dengan godaan nafsu. Sedangkan cinta Allah tak pernah dicarik dan difahami.

Jumaat lepas, usrah kolej ini telah membuat satu program "dakwah praktikal" atas idea bernas fikri yusof, klasmate ak. Di mana naqib naqibah dibahagikan kepada 4 kumpulan dan dihantar ke beberapa kawasan di kuala lumpur. Ak ditugaskan di kawasan ktm kuala lumpur, stesen ktm antik kat tengah-tengah bandar kl. Kita dikehendaki berjumpa dengan sesape dan bercakap pasal agama Islam serta mengedarkan pamplet2 yang mengandungi bahan ilmiah agama. Tajuk pamplet kumpulan ak adalah tujuan hidup. Ketika ak melakukan kerja tersebut, ade perasaan puas timbul dalam hati ni. Puas, dan gembira, kerana dapat melakukan sesuatu usaha untuk menyedarkan orang, tentang tujuan kita dihantar di dunia ini.

Akhirnya ak betul-betul faham, kenapa Allah mencipta ak. Ak mungkin ingin menjadi seorang engineer, hendak mencipta robot atau mesin gempak. Atau menjadi seorang peniaga yang kaya-raya.

Tapi ak masih ade satu misi utama di samping semua itu, mengajak semua orang agar menjadi hamba Allah yang mencintai-Nya, yang hidup kerana-Nya semata-mata, dan melakukan sumer perkara kerana Allah. Inilah tugas setiap orang Islam, menyebarkan ajaran Islam yang sebenar, yang indah, yang adil dan sejahtera, kepada semua orang.

Jalan ini penuh dengan cubaan dan dugaan. Sedangkan diri ini sendiri sentiasa takut kalau2 satu hari nanti ak menyerah kalah dan menjadi lagi teruk. Tapi ak tetapkan juga hati ak.

Dan ak juga ingin mengajak umat Islam, agar penuhkan jalan yang sepi ini. Supaya satu hari nanti, kita akan bangkit semula, membawa cahaya keamanan dan keadilan ke dunia kembali, InsyAllah.

“Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.” (QS. Muhammad : 7)

Ya ALLAH, di jalan-Mu ini, kutemui tujuan hidupku.

pEaCe~

3 comments:

  1. U don't have to save the cheerleader to save the world, instead, be a great leader and save the world!
    Antara 7 golongan yg mendapat teduhan arasy dari panas terik matahari ketika hari kebangkitan kelak is pemimpin yg adil!
    Harap2 korang tergolong dlm generasi2 yg bakal menjadi pemimpin yg adil~

    ReplyDelete
  2. salam alaik haris.
    tersentuh ana baca post anta.

    dalam hidup ni, kita ibarat berjalan membawa kaki. mencari haluan. dan haluan kaki kita telah mengheret kita ke jalan dakwah ni. tapi sebelum terus menyelusuri jalan dakwah ni, memang bukan senang kan? perlukan keberanian, kekuatan yang benar-benar mantap untuk membawa risalah kebenaran. mengajak umat manusia kembali ke jalan Allah. haris, bersyukurlah dalam ramai2 hambanya, kita terpilih untuk membawa kerja kenabian, dakwah itu bukankah satu tugas para anbiya? masya allah.

    siapa pernah terfikir tentang turning point hidup yg mungkin sahaja bila2 masa akan berubah, seiring dengan perjalanan usia dan kematangan pemikiran serta kesedaran untuk melakukan sesuatu? jadi bila anta dah termasuk dalam golongan daie ni, allah nak kurniakan sesuatu dalam hidup anta. yang tidak semua orang punyai peluang untuk merasakannya. allahu khairul makirin. he's the best knower and planner!

    selamat bermujahadah wahai sahabat! moga allah sentiasa bersamamu dan merahmatimu sentiasa.

    p/s : im following ur blog and linking it to my blog as well. teruskan menulis.

    ReplyDelete
  3. semoga sentiasa tsabat di jalanNya..jalan menuju Dia tak pernah takde duri2 berterabur di atasnya..

    all the best..

    ReplyDelete