Saturday, November 27, 2010

Bidaah

oke last thursday I finished my physic paper 4, marking the end of 'heavy' papers. All left next week are lab planning papers and agama =D. So far, Alhamdulillah I could do them fine. Somehow felt all the efforts in the last 2 weeks paid when I can write the answer smoothly, thought of coz not all the answer is right. Better than during the mid-sem exam, where I did not study at all ( all because of hari raya -.- the exam fall right after a week break of hari raya, what do you think the probability of studying at those time??), enter the exam hall just to torture my mind answering them, and end up failed one. No its not 'Fail', its 'Ungraded'. zZzzz serve me right haha.

Still I need to remind myself not to take easy of coming paper. Got it??

Anyway there is one thing I want to write about here today, about bidaah. I had always want to write of this interesting topic here, but I just would not dare much since I dont really have the knowledge. Then yesterday morning, someone asked me about reading yaasin every friday night through facebook message. It really take me a while to answer it carefully because this thing has been a very sensitive issue.

So here the conversation goes:

Assalamualaikum wbt.

Ana nak tanya. Apa hukum membaca surah Yaasin malam Jumaat? Mohon pencerahan. Sememangnya, elok membaca mana-mana pun surah dari Al-Quran. Tetapi, bukankah lebih baik memilih yang lebih disunnahkan yakni membaca surah al-Kahfi? Ana pun tak reti sangat hal-hal ini.

Haritu ana research sikit. Ada yang mengatakan sehingga bid'ah kerana rata-ratanya menganggap ianya satu iktikad. Namun, ana lebih cenderung dengan pendapat yang mengatakan, hanya tidak patut untuk kita mengkhususkan malam-malam tertentu untuk bacaan surah Yaasin. Nabi s.a.w bersabda :

"Janganlah kamu khaskan malam Jumaat itu dengan satu solat yang tidak ada malam-malam lain"

Ana kira, this also applies untuk bacaan-bacaan khas pada malam Jumaat. Wallahu 'alam.

Mine:
Waalaikumusalam wbt

Ana cuba jawab dengan ape yang ana paham dengan ilmu ana. Tak ah bermaksud ape yg ana pahamkan ini betul, insyAllah ana cube jelaskan.

Hukum asal membaca surah Yassin adalah sunat, seperti hukum membace Alquran. Yang dikatakan bidaah di sini ialah apabila kita membaca surah Yaasin tuh beramai-ramai antara Maghrib dengan Isya' setiap malam Jumaat.

Macam berzikir lepas solat, memang betul kita kene berzikir lepas solat, tapi menjadi bidaah apabila kita berzikir secara kuat dan beramai-ramai, sedangkan baginda tak pernah buat pon bende ni.

Yang menjadikan perkara-perkara tersebut berdosa ialah apabila ada orang yang menghukumkan WAJIB melakukan perkara tersebut dan mendakwa ia adalah ajaran Islam.

Seperti juga membaca surah Al-Kahfi, mungkin bnyak fadilat dan sunnah bace surah tersebut setiap malam, tapi apabila kita membaca surah tersebut beramai-ramai di masjid atau surau, dikhuatiri menjadi fitnah agama kepada sesiapa yang jahil; mengatakan wajib membaca surah tersebut beramai-ramai setiap malam hanya kerana mngikut tradisi nenek moyang.

Harap ini membantu.
Wallahu 'alam.

2nd reply:

Alhamdulillah, ada point yang dapat ana kutip.

Lantas, adakah bid'ah bila mana malam Jumaat kita ramai-ramai baca surah Yaasin di surau? Contohnya semalam. Sebenarnya tak kisahlah bid'ah atau tidak. Cuma persoalan ana, kenapa bukan surah al-Kahfi yang dibaca? Mungkin ada sebab-sebab tertentu yang ana tak tahu.

Ya, ana pun pernah dengar mengenai berzikir secara kuat dan ramai-ramai itu. Terima kasih ingatkan.

Ana tanya juga sahabat ana. Beliau mengatakan yang membaca Yaasin malam Jumaat itu ialah bid'ah. Namun, bid'ah hasanah. Tetapi ana ragu-ragu dan pelik sebab selama ini ana berpegang yang kesemua bid'ah adalah dholalah dan tiada bid'ah hasanah kerana perkataan bid'ah itu sendiri bermaksud sesuatu yang direka-reka, yang tidak disandarkan kepada Rasulullah pun. Malah, Rasulullah juga pernah menyatakan;

"Sesungguhnya, setiap bid'ah itu adalah keji".

Mungkin ana tak mampu terang dengan sebaiknya. Lol. InshaAllah kalau rajin, cuba enta baca artikel Fatwa al-Qaradhawi. Mungkin enta ada pendapat enta sendiri. Boleh berkongsi.... Wassalamualaikum.


http://www.scribd.com/doc/18981359/BidAh-Hasanah-Alqaradhawi

Mine:

Kisah bidaah ni pnjang ceritanya. Ana pernah tanya abang usrah ana semasa tahun pertama di kolej ni. Die pon cerita arh asal usul bidaah, dan wahabi. Penting utk kita tau, bidaah-wahabi adalah 2 bende yang slalu dikaitkan. Sedang satu pihak mengatakan sesuatu itu bidaah, pihak yang melakukan bidaah itu pula memanggil pihak seblah sebgai wahabi.

Siapakah Wahabi?? Wallahualam.
Alkisah semasa zaman khalifah dahulu (x silap ana), masa itu bidaah-bidaah berlaku dengan berleluasa. Ctoh seperti sembahyang di kubur orang alim, meminta di makam-makam imam terkenal etc. Jadi sebuah Imam, x silap name die Imam Wahab cube untuk memperbetulkan keadaan umat Islam ketika itu. Die pon menjalankan usaha2 menegur pihak2 yang berbuat perkara2 bidaah tersebut. Lalu berlaku arh pergaduhan dan perbalahan yang menyedihkan dikalangan umat Islam. Di situ muncul golongan tua dan golongan muda, di mane dikatakan golongan muda cuba meninggalkan perkara2 bidaah tersebut, tp golongan orang tua yang da biase mengamalkan perkara tersebut terase tercabar apabila ade orang menegur perbuatan 'ibadah' mereka yang dah dilakukan berzaman.

Berbalik kepada tajuk asal kita, membace yaasin ini secara tidak langsung juga menjadi sasaran 'golongan wahabi' mengatakan perkara ini bidaah dan harus ditinggalkan. Sebenarnya, memang bende ni bende baru pon, yang tidak pernah dilakukan baginda sebelum ini. Secara jujur nya, ana pon setuju kalau benda ni x perlu dilakukan lagi, sebaliknya digantikan dengan majlis ilmu yang jauh lagi bermanfaat, dan mengikut sunnah baginda. Tapi x perlu laa kita hendak membantah sehingga menimbulkan pergaduhan dalam umat Islam kita yang memang sedia lemah ini. Kerana, pada pendapat ana, selagi amalan membaca yaasin ini tidak ade unsur yang bole menyebabkan jatuh syirik dan berdosa, tak perlulah kita menimbulkan perbalahan.

Cukuplah kita memberitahu sume orang bahawa bende ini adalah bende baru, tapi TAK MENGHUKUMKAN HARAM, kerana tidak ade bende yang bertentangan dengan akidah dalam perkara ni. Takut2 kita pula dosa besar kerana mengharamkan perkara yang harus.

Mungkin satu hari nanti perkara ini akan ditinggalkan secara perlahan apabila masyarakat dapat paham dengan lebih jelas, bahawa membaca yaasin beramai-ramai setiap malam jumaat bukan ah bende yang ada dalam agama Islam, sebaliknya hanya adat orang melayu yang bole dihentikan pada bila-bila mase.

Untuk hadis "Sesungguhnya, setiap bidaah itu adalah keji.....", ana x berani utuk tafsir lebih kerana ana tak ade ilmu yang mendalam tentang hadis tersebut. Ana pilih utk berbaek sangka, yang hadis tersebut utk mereka mereka yang mereka-reka sesuatu dalam agama Islam, lalu menghukumkan benda itu "Wajib" dan "ada dalam agama Islam", kat situ pula kita dah mewajibkan perkara yg sunat.

Bagi ana, ana lagi suka meninggalkan perbalahan yang tidak bermanfaat, seperti disuruh baginda agar jangan berbalah ( x ingat hadis, bole tanye ustaz atau search tenet) jika x mustahak. Bahkan kita ade lagi bnyak masalah laen yang lagi penting utk dibincangkan dan diselesaikan, masalah umat.

Wallahu alam.

And last but not least:

Alhamdulillah.

Ana setuju dengan pandangan enta. Syukran awi.

Ana suka sangat dengan quote ni :

"Never do I argue with a man with a desire to hear him say what is wrong, or to expose him and win victory over him. Whenever I face an opponent in debate I silently pray - "O Allah, help him so that truth may flow from his heart and on his tongue, and so that if truth is on my side, he may follow me; and if truth be on his side,I may follow him." // Imam Al-Shafi'i.

Wassalamualaikum.

So that's how ours little discussion goes.
There's something I want to share inside it.
Anyway I want to apologise if any fact I wrote there is wrong. Like I said, it just my view, not to make it as hukum. Got it?

......Peace~

1 comment:

  1. untuk husnuszon lagi,mungkin bacaan yassin malam jumaat tu boleh dijadikan medium untuk menyatukan lagi masyarakat..kalau ramai yang join,mungkin boleh digunakan waktu tu untuk explain pasal benda ni and secara slow2 pelbagaikan bacaan selain yasin mungkin..At least,people gain something thru amalan baca yasin tu..kadang2 ada yang x membaca al-qur'an langsung,tapi malam jumaat join baca yasin.(wallahualam)kan membantu.cuma tugas kita yang tahu ni lah yang kena sampaikan..

    maaf kalau ada tersalah kat mana2..just nak berkongsi apa yang pernah kitorg bincangkan kat kolej :) insyaAllah

    ReplyDelete