Di jalan dakwah Mu ini, ku temui Tujuan Hidup.
Terima kasih Ya Allah.
Betapa sebelum ini ak tak paham ape tujuan ak hidup atas dunia ni. Rancangan hidup ak sebelum ini; menjadi seorang engineer yang berjaya, buat business atau firm atau cipta robot2 yang gempak, kahwin, dapat anak, didik anak betul2, jadik tua dan mati dalam keadaan tenang.
Ape nak jadik kat orang laen, lantaklahh. Asalkan dorang x kacau ak.
TAPI satu hari, kita akan berasa bosan dengan ape yang kita lakukan, bila ade dugaan datang. Apabila bende yang kita plan x menjadik, bile kita gagal dalam ape yang kita usahakan, apabila kita x rase gembira dengan 'kejayaan'.
Mase itu kita mula carik "kepuasan" hidup. Kita buat bnde2 yang melalaikan. Movies, music, games, entertainment and entertainment. Puas entertainment lame, carik yang baru.In the end its a never ending progress. "Kepuasan" yang dicarik masih tak jumper. Then kita mule mencarik 'pasangan hidup'. Kerana berasa keseorangan. Teman bebual setiap mase, untuk luahkan perasaan dan emosi, ingin membelai dan dibelai, dihargai dan menghargai.
Nway ape tuh kejayaan?
Jadik kaya-raya? menang Nobel prize? Atau berjaya hidup sampai tua dan tunggu ajal menjemput?
Bila ak pergi ke masjid tok solat fardhu, yang ada kat sane kebanyakan ialah orang2 tua, yang da tak tau nak buat ape. Duet pencen masuk, anak-anak da besar, dok rumah xde function. Jadik mereka pon ulang-alik ke masjid solat sebab takde bnde nak buat. Pergi masjid nak jumper mmber2 seusia, bual2 sambil minum air teh kat tempat makan. Tujuan ke masjid untuk beribadah tah kemana. Oke bukan sume, but most.
Ape yang ak nampak, dorang lost, da tidak tau nak buat ape lepas 'matlamat' dorang da tercapai.
Jadik apekah sebenarnya tujuan kita hidup??
Dalam AlQuran;
Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat “Aku hendak manjadikan khalifah di muka bumi.” Mereka berkata, “Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merusak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih mumuji-Mu dan menyucikan nama-Mu?” Dia berfirman, “Sungguh, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.” (Al-Baqarah:30)
dan;
“Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaku.” (Az-Zariyat:56)
Sebenarnya
ISLAM; bukanlah sekadar pada mengucap syahadah, sembahyang, berpuasa, membayar zakat, dan menunaikan haji.
Serta bukan sekadar pada undang-undang Hudud dan Qisas, atau ketika upacara perkahwinan dan kematian sahaja.
Islam adalah cara hidup.
Cara kita berfikir, bercakap dan bertindak.
Berfikir bahawa diri ini adalah seorang hamba kepada Tuhan Yang Maha Agung, bercakap dengan tujuan untuk mencari keredhaan-Nya serta melakukan segala benda semata-mata kerana mengejar rahmat Allah.
“(Iaitu) mata air (dalam syurga) yang diminum oleh hamba-hamba Allah (yang taat) dan mereka dapat mengalirkan mata air itu dengan sebaik-baiknya. Mereka memenuhi nazar dan mereka takut akan suatu hari yang azabnya merata dimana-mana. Dan mereka memberi makanan yang disukainya kepada orang miskin, anak yatim dan orang yang ditawan. (Sambil berkata): ‘Sesungguhnya kami memberi makanan kepadamu hanyalah kerana mengharapkan keredhaan Allah, kami tidak mengharap sebarang balasan dan ucapan terima kasih daripada kamu. Sesungguhnya kami takut (azab) Tuhan pada hari (ketika) orang bersalah berwajah masam penuh kesultan.’ ” (Al-Insan: 6-10)
Matlamat akhir kita sebenarnya adalah SYURGA; dan larikan diri dari AZAB NERAKA.
Betapa kita terlupa bahawa
kematian itu bukannya satu pengakhiran.
Malah ia adalah permulaan untuk MATLAMAT AKHIR kita;
SYURGA atau NERAKA
Selama-lamanya.
Last but least;
"Loneliness in not lack of company, loneliness is lack of purpose." -GUILLERMO MALDONADO-
i guess this guy knows. =)
pEacE~
No comments:
Post a Comment