Saturday, July 9, 2011

Perjuangan mereka itu....

Mereka bercakap tentang menentang kezaliman, penindasan, seolah-olah itulah jihad yg sebenar, yg mrk ialah 'pejuang Allah', tp lawak bile antara mrk, kezaliman dlm diri x pernah pula dilawan, solat jemaah 5x kali sehari x pernah penuh, mengajak manusia ke diri-Nya jarang sekali, mencarut & memaki org laen perkara biase, apekah mungkin kezaliman org lain dapat dilawan?

Pihak di sana zalim, menindas dan mempermainkan rakyat. Dalam sistem SPR, kumpulan BERSIH berjaya membuktikan 1001 jenis penipuan yang dilakukan diorang. Pengundi hantu, undi post tentera yang berlebihan, pengundi sama yang berdaftar dengan 3 kad pengenalan berbeza, perpindahan pengundi dari satu kawasan ke kawasan yang lain supaya memberi kelebihan kepada satu parti, menggunakan PETA untuk mengundi, dan banyak lagi. Supaya itu berjaya dibuktikan dalam satu video dokumentari khas yang dibuat oleh BERSIH dan diletak dalam YouTube. Aku da lihat video tuh dan bukti2 yang diberi memang x dapat nak disangkal.

Tak dinafikan, niat mereka memang murni, tapi malang 1001 malang, cara langsung jauh dari sunnah baginda. Sedih ak lihat manusia ditipu kerana kejahilan ilmu dalam dada. Sebahagian manusia melihat, "Isk nih x betul nih! So ak kene sokong group yang satu lagi." Apa yang mereka cuba lakukan, "melawan kezaliman", sebenarnye bende nih telah dilakukan oleh baginda Rasulullah saw dari 1400 tahun dulu lagi, kenape umat Islam tak mengambil pengajran dari cara baginda???

Mereka cuba melawan kebatilan dengan kebatilan. Mereka menjerit, "Kami ada hak untuk berkumpul secara aman & menyerahkan memorandum kepada Yang dipertua Agong!!". Jauh dalam sudut hati ak nak bertanya, kenape x hantar saje wakil?? Kenape perlu dengan cara mem'provoke' pihak yang zalim sehingga menyeret sekali beribu-ribu orang lain ke dalam kesusahan???

Oleh kerana mereka mengancam utk berkumpul atas nama 'keadilan', pihak yang zalim menggunakan segala kuasa yang dia ada utk melawan kumpulan tersebut.
Akhirnye, beribu-ribu polis ditarik cuti mereka, orang ramai tersekat dalam jem2 selame 2 minggu (1 mnggu lebih), ada pelajar dikurung dalam universiti walaupun mereka tak terlibat, program2 dibatalkan dan banyak lagi bende yang menyusahkan. Akhirnya, ade seorang pakcik tua meninggal. Ya Allah!

Salahkan polis?? Ko cube letak diri ko kat tempat polis. Die diberi arahan supaya cuti seminggu ditarik, kene overtime 24 hours, bermalam kat tepi jalan raya setiap malam utk buat road block, dikerah sane sini carik orang yang pakai baju kuning. Kau ingat dorang suke sangat bak buat bende2 camtu?? Akhir sekali, diberi arahan untuk menyuraikan sekumpulan orang, yang ak rase time tuh, masing2 da stress dan saket hati. Kau fikir die bole cakap "x nak"?? Sia2 dihukum lawan perintah, dibuang kerja, xde lak nak buat fund "untuk anak bini polis2 yang x ikut arahan demi keadilan"???!

Then, takkan nak biarkan saje??
Tak bukan biarkan, tapi ikut care nabi. Ape cara Nabi??
Baginda berdakwah.

Baginda mengajak manusia, seorang demi seorang, kembali kepada ALLAH, pemilik setiap jiwa dan badan kat atas dunie nih. Sedar bahawa diri adalah hamba-Nya yang tak mempunayi ape2, yang dunia ini sementara, yang syurga dan neraka laah tempat yang kita akan KEKAL ABADI. Yang kita sume adalah hamba yang hina, xde ape nak dikejar dunie ini.

Dan dalam berdakwah inilah, kita akhirnya akan melawan kezaliman dalam diri kita dahulu, baru kite bole mengalahkan kezaliman orang lain. Seperti mane kite hendak mengajak manusia solat 5x sehari berjemaah, kite mestilah kene solat jemaah 5x dahulu sehari. Ini tak, solat subuh pon tah kemane, dalam diri penuh dengan kezaliman kepada Allah, mencarut, menipu, mengumpat seperti bende biase, tapi pasang impian hendak melawan kezaliman orang lain. LAWAK.

Wahai umat Islam, bangkitlah. Sedarlah diri. Gune ah kaedah yang baginda da ajar berzaman. Agak2 kalau ahli2 SPR itu sume beriman, takut kepada Allah dari pihak atasan ke bawah, dorang berani ke nak makan rasuah?? Tapi macam mane nak berubah, selame ini yang mengingatkan dorang kepada Allah sikit saje bilangannya, environment langsung melalaikan. Aku rasepon kalau dorang lihat certain manusia yang pergi berarak dalam perhimpunan tuh, makin jauh dari Allah ade ah.

Aku nak cabar, sape yang selame ini men-jerit2 menyokong kumpulan yang 'hendak melawan kezaliman' itu; terjun ke dalam bidang dakwah. Lihat bagaimana perjuangan dan cara sebenar yang diajar oleh baginda.
Adekah mereka sanggup kalau hati dorang betul2 ikhlas. Atau mereka pon hanya sekadar mencari ganjarn kat atas dunie nih, pujian dan glamour?? Cube lawan kezaliman dalam diri, ajak manusia ke jalan-Nya, tambah ilmu yang sebenar dalam dada supaya dapat membezakan ape yang hak, dan ape yang batil.

Ape korang ingat musuh2 Islam memecah belahkan umat Islam, mencuba sedaye upaya supaya manusia jauh dari agama adalah saje2???
Mestilah tidak.

Kerana bile ade sekumpulan besar manusia yang benar2 patuh kepada-Nya, ketika itu keadilan akan naik & kezaliman dapat dilawan, segala jenis kebatilan dan penindasan kat atas dunie ini dapat dikalahkan, seperti yang berlaku 1400 tahun lepas, sume dengan izin-Nya.

"Ketika kecil, kita hendak mengubah dunia. Ketika remaja, kite cube mengubah bangsa. Apabila dewasa, kita sibuk mengubah keluarga. Bila kita tua, baru kita sedar, kite terlupa hendak mengubah diri sendiri."

Islam mengajar untuk mengubah diri sendiri, dengan mengajak manusia berubah.

Wallahualam~

Tuesday, June 28, 2011

Ape yang dikejar?

Nampak pompan cantik menarik hati, tak perlu nak dikejar sangat. Kalau betul die jodoh ko, 3-4 tahun nanti da readi nak kahwin, jumper gak. Kalau memang bukan jodoh, da jimat dari membazir berjam-jam masa, beratus duit dan tenaga 'berkasih-sayang" dengan sorang yang bukan milik ko, bek guner semue itu buat bende len yang lagi bermanfaat.

Wednesday, April 20, 2011

Penghuni Syurga dan Neraka

Rasulullah saw bersabda, "Penghuni syurga itu ada 3 jenis;
Pertama, orang yang memiliki kekuasaan, berbuat adil dan diberi taufik untuk bertindak mengikut hukum.
Kedua, orang yang pengasih dan lembut hatinya terhadap setiap ahli keluarga dan orang Muslim.
Ketiga, orang yang menjaga kehormatan diri, menghindari perkara yang keji, tidak mengeluh kerana kekurangan dan tidak meminta-minta.

Sedangkan penghuni neraka ade lima jenis. Orang lemah yang tidak mempunyai pemikiran, yang hanya menjadi pengikut di tengah kalian, tidak mencari nafkah dan tidak pula harta. Pengkhianat yang menampakkan ketamakan, yang berkhianat dalam urusan yang kecil sekali pun. Orang yang setiap saat, pagi dan petang menipumu mengenai keluarga dan hartamu, beliau juga menyebutkan kebakhilan dan kedustaan. Orang yang suka memaki-maki, dan orang yang berbuat keburukan.
(Muslim)

Tuesday, April 19, 2011

A Muslim.

A Muslim, is one who do enjoy the beauty of the world, but not that he is scared to lose them. He is one who is not afraid of dead, for he knows this world is fake, but not that he looked for it. He is who sought for greatness in this world, not for himself, but to buy a way to the great paradise.

When he do good deeds, he do not really care whether the one he helped will appreciate it or not, or worse, throw a stone to him after that, because its not the creature's pleasure he wanted, but Allah's. And when he do foul to others, it not the man's revenge that he is scared of, but His wrath will make him shiver.

Saturday, March 26, 2011

A little thought...

Being a da'ie never make one any 'holier' than other. I am just an ordinary guy like others who is doing what He and prophet Muhammad had asked me to do, and calling others to do it too, to spread the peace and truth message with it. You might think I am religious, but my friends know me well that I am not that pious. And so what of being religious if it about being proud with the love toward Allah and prophet Muhammad pbuh. This is the way actually every Muslim should do, calling others to remember and love Him, the one and ONLY Creator.
peace~

A glimpse of the other world.

Finally, got something to post quickly without the need to think thoroughly. haha
Well, honestly, when I want to write a post, it took me quite a lot of time, since I had to translate 'malays words' in my mind into english of the best words. Sometimes, I used up to 10 minutes just to find a right word. -.- And with the time-constraint due to the big exam coming, seems I just cant write anything much.

Anyway enough comment, I want to share with everyone a long hadis I found in the Riadhus Salihin book (the book of hadiths compiled by Al-Imam Abu Zakariya Yahya bin Sharaf or famously known as Imam Al-Nawawi). I copied the hadis down there from a website I just discovered few days ago which contain the book in English.

Its an interesting story about a journey Prophet Muhammad had. Enjoy~

Sumurah bin Jundub (May Allah be pleased with him) said: The Messenger of Allah (PBUH) very often used to ask his Companions, "Do any one of you has seen a dream?'' So dreams would be narrated to him by those whom Allah willed to relate.

One day he (PBUH) said, "Last night I had a vision in which two men (angels) came to me and woke me up and said to me, `Proceed!' I set out with them and we came across a man lying down, and behold, another man was standing over his head, holding a big rock. Behold, he was throwing the rock at the man's head, smashing it. When he struck him, the stone rolled away and he went after it to get it, and no sooner had he returned to this man, his head was healed and restored to its former condition. The thrower (of the rock) then did the same as he had done before. I said to my two companions, `Subhan-Allah! Who are these?' They said: `Proceed, proceed.'

So we proceeded and came to a man lying in a prone position and another man standing over his head with an iron hook, and behold, he would put the hook in one side of the man's mouth and tear off that side of his face to the back (of the neck), and similarly tear his nose from front to back, and his eyes from front to back. Then he turned to the other side of the man's face and did just as he has done with the first side. He had hardly completed that (second) side when the first returned to its normal state. I said to my two companions, `Subhan-Allah! Who are these?' They said, `Proceed, proceed.'

So we proceeded and came across something like a Tannur (a kind of baking oven, a pit usually clay-lined for baking bread).'' I (the narrator) think the Prophet (PBUH) said, "In that oven there was much noise and voices.'' The Prophet (PBUH) added, "We looked into it and found naked men and women, and behold, a flame of fire was reaching to them from underneath, and when it reached them they cried loudly. I asked, `Who are these?' They said to me, `Proceed, proceed.'

And so we proceeded and came across a river.'' I (the narrator) think he said, "-- red like blood.'' The Prophet (PBUH) added, "And behold, in the river there was a man swimming, and on the bank there was a man who had collected many stones. Behold, while the other man was swimming, he went near him. The former opened his mouth and the latter (on the bank) threw a stone into his mouth whereupon he went swimming again. Then again he (the former) returned to him (the latter), and every time the former returned, he opened his mouth, and the latter threw a stone into his mouth, (and so on) the performance was repeated. I asked my two companions, `Who are these?' They replied, `Proceed, proceed.'

And we proceeded till we came to a man with a repulsive appearance, the most repulsive appearance you ever saw a man having! Beside him there was a fire, and he was kindling it and running around it. I asked my two companions, `Who is this (man).' They said to me, `Proceed, proceed!' So we proceeded till we reached a garden of deep green dense vegetation, having all sorts of spring colours. In the midst of the garden there was a very tall man, and I could hardly see his head because of his great height, and around him there were children in such a large number as I have never seen! I said to my two companions, `Who is this?' They replied, `Proceed, proceed.'

So we proceeded till we came to a majestic, huge garden, greater and better than any garden I have ever seen! My two companions said to me, `Ascend up' and I ascended up.'' The Prophet (PBUH) added, "So we ascended till we reached a city built of gold and silver bricks, and we went to its gate and asked (the gatekeeper) to open the gate, and it was opened; and we entered the city and found in it men with one side of their bodies as handsome as the most handsome person you have ever seen, and the other side as ugly as the ugliest person you have ever seen! My two companions ordered those men to throw themselves into the river. Behold, there was a river flowing across (the city), and its water was like milk in whiteness. Those men went and threw themselves in it and then returned to us after the ugliness (of their bodies) had disappeared, and they came in the best shape.''

The Prophet (PBUH) further added, "My two companions said to me: `This place is the `Adn Jannah, and that is your place.' I raised up my sight, and behold, there I saw a palace like a white cloud! My two companions said to me, `That palace is your place,' I said to them, `May Allah bless you both! Let me enter it.' They replied, `As for now, you will not enter it, but you shall enter it (one day).' I said to them, `I have seen many wonders tonight. What does all that mean which I have seen?'

They replied, `We will inform you: As for the first man you came upon, whose head was being smashed with the rock, he is the symbol of the one who studies the Qur'an and then neither recites it nor acts on its orders, and sleeps, neglecting the enjoined prayers. As for the man you came upon, whose sides of mouth, nostrils and eyes were torn off from front to back, he is the symbol of the man who goes out of his house in the morning and tells lies that are spread all over the world. And those naked men and women whom you saw in a construction resembling an oven, they are the adulterers and the adulteresses. And the man who was given a stone to swallow is the eater of Ar-Riba (usury), and the bad-looking man whom you saw near the fire, kindling it and going around it, is Malik, the gatekeeper of Hell, and the tall man you saw in the garden is (Prophet) Abraham, and the children around him are those who died upon Al-Fitrah (the Islamic Faith of Monotheism).'''

The narrator added: Some Muslims asked the Prophet (PBUH) , "O Messenger of Allah! What about the children of Al-Mushrikun (i.e., polytheists, pagans, idolaters, and disbelievers in the Oneness of Allah and in His Messenger Muhammad (PBUH))?'' The Prophet (PBUH) replied, "And also the children of Al-Mushrikun.'' The Prophet (PBUH) added: "My two companions added, `The men you saw half handsome and half ugly were these people who had mixed an act that was good with another that was bad, but Allah forgave them'.''


Another narration of Al-Bukhari is: The Messenger of Allah (PBUH) said, "One night two men came to me and took me to a blessed land.'' (The Messenger of Allah (PBUH) told of the same incident as above) and said, "After a while of walking we came upon a pit like an oven, narrow at the top and wide at the bottom with fire raging in it. When the flames rose up (the people in it) also rose up till they were about to come out; and when the fire subsided they, too, would go down with it. In it were naked men and women.''

(The remainder of the Hadith is the same as the above Hadith except that at the end of it, the Messenger of Allah said: "We came upon a river of blood in the middle of which there was a man standing, and at the bank of the river there was a man with plenty of stones before him...'' In this narration we also find: "They made me climb the tree and they made me enter an abode so beautiful the like of which I have never seen before. There (I saw) old men and youth.'' In this narration we also find: "`The first house you entered was the abode of the believers in general, and the other house was the abode of the martyrs. I am Jibril (Gabriel), and this is Mika'il. Raise your head.' I looked up and saw something like clouds. They said to me, `That is your abode.' I said, `Shall I enter it?' They said, `You have not completed your term of life yet. When you do, you will certainly enter it.'''
[Al-Bukhari]


Saturday, February 12, 2011

cerita tentang neraka....


Kenapa Rasulullah s.a.w Menangis??

"Yazid Ar-raqqasyi dari Anas bin Malik r.a. berkata :

Jibril datang kepada Nabi s.a.w pada saat yang tidak biasa datang, dalam keadaaan yang berubah mukanya, maka ditanya oleh Nabi s.a.w:

"Mengapa aku melihat kau berubah muka?"

Jawabnya: Ya Muhammad aku datang kepadamu pada saat di mana Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka,
maka tidak layak bagi orang yang mengetahui bahawa Neraka Jahannam itu benar, dan seksa kubur itu benar,
dan seksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum dia merasa aman daripadanya.

Lalu Nabi s.a.w. bersabda:
Ya Jibril, jelaskan padaku sifat Jahannam!

Jawabnya: Ya, ketika Allah menjadikan Jahannam maka dinyalakan selama seribu tahun sehingga merah,
kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih,
kemudian seribu tahun sehingga hitam,
maka ia hitam gelap,
tidak pernah padam nyala dan baranya.

Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak,
andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.

Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak,
andaikan satu baju ahli neraka itu digantung diantara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan baunya.

Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak,
andaikan satu pergelangan dan
rantai yang disebut Allah dalam Al-quran itu diletakkan di atas bukit nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yang ke tujuh

Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak,
andaikan seorang dihujung barat terseksa
nescaya akan terbakar orang² yang dihujung timur kerana sangat panasnya,

Jahannam itu sangat dalam
dan perhiasannya besi,
dan minumannya air panas bercampur nanah,
dan pakaiannya potong-potongan api

Api neraka itu mempunyai tujuh pintu,
tiap² pintu ada bahagian yang tertentu dari org laki² dan perempuan.

Nabi s.a.w bertanya: Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu² rumah² kami?

Jawabnya:
Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya dan pintu ke pintu jarak perjalanannya tujuh puluh ribu tahun,
tiap pintu lebih panas dari yang lain tujuh puluh kali lipat ganda,
maka digiring ke sana musuh² Allah sehingga bila telah sampai ke pintunya disambut oleh Malaikat² Zabaniyah dengan rantai dan belenggu,
maka rantai itu dimasukkan ke dalam mulut mereka hingga tembus ke punggung dan diikat tangan kirinya ke lehernya,
sedang tangan kanannya dimasukkan ke dalam dada dan tembus ke bahunya,
dan setiap manusia diganding dengan syaitannya lalu diseret tersungkur mukanya sambi dipukul oleh para malaikat dengan tukul besi,
setiap mereka ingin keluar kerana
sangat risau maka ditanamkan ke dalamnya.

Kemudian Nabi s.a.w bertanya: Siapakah penduduk di pintu masing²?

Jawabnya: Pintu yang terbawah untuk org² munafik dan org² kafir setelah
diturunkan hidangan mukjizat Nabi Isa a.s serta keluarga Firaun sedang namanya Al-Hawiyah.

Pintu kedua tempat org² musyrikin bernama Jahim,

pintu ketiga tempat org² shobi’in bernama saqar.

Pintu keempat tempat iblis dan pengikutnya dan kaum majusi
bernama ladha.

Pintu kelima org² yahudi bernama khuthamah.

Pintu keenam tempat org² kristian(nasara) bernama sa’ir.

Kemudian Jibril diam segan pada Rasulullah s.a.w sehingga Nabi s.a.w bertanya:
Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ketujuh?

Jawabnya: Didalamnya org² yang berdosa besar dari umatmu yang sampai mati belum sempat bertaubat.

Maka Nabi s.a.w jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibril meletakkan kepala Nabi s.a.w di pangkuan Jibril sehingga sedar kembali, dan ketika sudah sedar

Nabi s.a.w bersabda: Ya Jibril sungguh besar kerisauanku.


Jawabnya: ya, iaitu org yang berdosa besar dari umatmu.

Kemudian Nabi s.a.w menangis,
Jibril juga menangis,
kemudian Nabi s.a.w masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang
dan bila sembahyang baginda selalu menangis
dan minta kepada Allah,

Padahari yang ketiga datang Abu Bakar r.a ke rumah Nabi s.a.wmengucap: Assalamua’laikum ya ahla bait rahmah,
apakah dapat bertemu kepada Nabi s.a.w,
maka tidak ada yang menjawabnya,
sehingga dia beredar dan menangis.

Kemudia Umar r.a datang dan berkata :
Assalamua’laikum ya ahla bait rahmah,
apakah dapat bertemu dengan Rasulullah
dan ketika tidak mendapat jawapan dia pun beredar dan menangis,

kemudian datang Salman Al Farisi dan berdiri di muka pintu sambil mengucapkan: Assalamua’laikum ya ahla bait rahmah,
apakah dapat bertemu dengan junjunganku Rasulullah s.a.w,
dan ketika tidak mendapat jawapannya,
dia menangis sehingga jatuh dan bangun,
sehingga dia mengucapkan:

Assalamua’laikum hai puteri Rasulullah s.a.w.
Bertepatan itu Ali r.a tidak ada di rumah, lalu bertanya:Hai puteri Rasulullah sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah beberapa hari tidak keluar rumah kecuali untuk sembahyang dan tidak berkata-kata kepada orang,
juga tidak mengizinkan org² bertemu kepadanya.

Maka segerala Fatimah memakai baju yang panjang dan pergi sehingga sampai di
pintu rumah Rasulullah s.a.w dan memberi salam sambil berkata: saya Fatimah, ya
Rasulullah…


Sedang Rasulullah s.a.w bersujud sambil menangis
dan bertanya: Mengapakah kesayanganku, bukakan pintu untuknya.

Maka masuklah Fatimah dan ketika melihat Nabi s.a.w, menangislah dia kerana melihat Nabi s.a.w, lalu dia
pucat dan sembab mukanya kerana banyak menangis dan sangat sedih
bertanya : Ya Rasulullah apakah yang menimpa padamu?

Jawabnya: Jibril datang kepadaku dan menerangkan sifat² Neraka Jahannam lalu
menerangkan bahawa bahagian yang teratas daripadanya adalah untuk umatku yang berbuat dosa-dosa besar, maka itulah yang menyebabkan tangis dan dukacitaku..

Dia bertanya: Ya Rasulullah bagaimana cara masuknya?

Jawabnya: Diiring oleh Malaikat ke neraka, tanpa dihitamkan muka juga tidak biru mata mereka dan tidak ditutup mulut mereka, dan tidak digandingkan.
dengan syaitan, bahkan tidak dibelenggu atau dirantai

Ditanya pula: Lalu bagaimana cara Malaikat menuntun mereka?

Jawabnya: Adapun kaum lelaki ditarik janggutnya sedang yang wanita ditarik, maka berapa banyak dari org² tua dari umatku yang mengeuh ketika
rambutnya
diseret ke neraka:
“Alangkah tua dan lemah diriku”
Demikian pula yang muda.”Wahai kemudaanku dan
bagus rupaku”

Sedang wanita mengeluh. “wahai alangkah malu diriku sehingga dibawa ke Malaikat
Malik”

Dan ketika dilihat oleh Malaikat Malik, lalu bertanya:siapakah mereka itu? Maka
tidak pernah saya dapatkan orang yang akan terseksa seperti org² ini, muka mereka tidak hitam, matanya tidak biru, mulutnya tidak tertutup juga tidak diikat bersama
syaitannya, dan tidak dibelenggu atau dirantai leher mereka?

Jawab Malaikat: Demikianlah kami diperintah membawa orang² ini kepadamu
sedemikian rupa.

Lalu ditanya oleh Malaikat Malik: siapakah kamu wahai org² yang celaka?

Dalam riwayat lain:ketika mereka digiring oleh Malaikat, mereka selalu
memanggil:”wa Muhammad”, tetapi setelah melihat Malaikat Malik, mereka lupa
akan nama Muhammad s.a.w kerana hebatnya Malaikat Malik, lalu ditanya:siapakah
kamu?

Jawab mereka: kami umat yang dituruni Al-Quran dan kami telah berpuasa pada
bulan Ramadhan.

Lalu Malaikat Malik berkata: Al-Quran tidak diturunkan kecuali kepada umat
Muhammad s.a.w.

Maka ketika itu mereka menjerit: kami umat Muhammad!
Maka Malaikat Malik bertanya: tidakkah telah ada larangan dalam Al-Quran dari
terhadap Allah ta’ala?

Dan ketika telah berada di tepi Jahannam dan diserahkan kepada Malaikat Zabaniyah,
mereka berkata: Hai Malik, izinkanlah kami menangis, maka diizinkan, lalu.
mereka menangis sampai habis air mata, kemudian menangis dengan darah

Sehingga berkata Malaikat Malik: Alangkah baiknya menangis ini andaikata,
terjadi di dunia kerana takut kepada Alah nescaya kamu tidak akan tersentuh
api neraka pada hari ini.

lalu Malaikat Mallik berkata kepada Malaikat Zabaniyah: Lemparkan mereka kedalam neraka.

Dan apabila telah dilempar mereka serentak menjerit: Laa ilaaha illallah, maka.
surutlah api neraka

Malik berkata: Hai api sambarlah mereka!

Jawab api: Bagaimana kami menyambar mereka padahal mereka mengucapkan.
: Laa ilaaha illallah

Malik berkata: Ambillah mereka..
Jawab api: Bagaimana kami dapat mengambil mereka, sedang mereka membaca..
: Laa ilaaha illallah

Malik berkata: Demikianla perintah Tuhan Rabbul Arasy.
Maka ditangkaplah mereka oleh api, ada yang hanya sampai di tapak kaki, ada yang sampai ke lutut, ada yang sampai setengah badan, ada yang sampai leher, maka bila telah sampai ke muka,

Malik berkata: Jangan bakar muka mereka kerana mereka telah lama sujud kepada Allah, juga jgn bakar hati mereka kerana mereka telah haus pada bulan Ramadhan, maka tinggal daam neraka beberapa lama sambil
menyebut: Ya Arhamar Rahimin, ya Hannan ya Mannan.

Kemudian bila telah sampai hukuman mereka, maka Allah memanggil Jibril dan
menanyakan: Ya Jibril bagaimanakah keadaan org² yang maksiat dari umat
Muhammad s.a.w?

Jawab Jibril: Ya Tuhan, Engkau lebih mengetahui.
Lalu diperintah: pergilah kau lihat keadaan mereka

Maka pergilah Jibril a.s kepada Malik yang sedang duduk di atas mimbar di tengah
Jahannam.

Dan ketika Malik melihat Jibril, ia segera bangun hormat dan berkata: Ya
Jibril mengapakah engkau datang ke sini?
Jawabnya: bagaimana keadaan rombongan yang maksiat dari umat Muhammad s.a.w

Jawab Mallik: sungguh ngeri keadaan mereka dan sempit tempat mereka, mereka.
telah terbakar badan dan daging mereka kecuali muka dan hati mereka masih
berkilauan iman.

Jibril berkata: bukalah tutup mereka supaya saya dapat melihat mereka.
Maka Malik menyuruh Zabaniyah membuka tutup dan ketika mereka melihat Jibril
mereka mengerti bahawa ini bukan Malaikat yang ditugaskan untuk menyeksa.
Lalu mereka bertanya: siapakah hamba yang sangat bagus rupanya itu?

Jawab Malik: itu Jibril yang biasa membawa wahyu kepada Muhammad s.a.w.
Dan ketika mereka mendengar nama Nabi Muhammad s.a.w maka serentak mereka
menjerit:
Ya Jibril sampaikan salam kami kepada Nabi Muhammad s.a.w dan
beritakan bahawa maksiat kamilah yang memisahkan kami dengan baginda, dan
beritakan kepadanya keadaan kami.

Maka kembalilah jibril menghadap kepada Allah lalu ditanya: bagaimana kamu
melihat umat Muhammad?

Jawabnya: Ya Tuhan alangkah jelek keadaan mereka dan sempit tempat mereka.
Lalu Alah bertanya: Apakah mereka minta apa² kepadamu?

Jawabnya: Ya, mereka minta disampaikan salam mereka kepada Muhammad s.a.w
dan diberitakan kepadanya keadaan mereka.

Maka Allah menyuruh jibril menyampaikan semua pesanan itu kepada Nabi
Muhammad s.a.w yang tinggal dalam khemah dari permata yang putih mempunyai
empat ribu pintu, tiap pintu mempunyai dua daun pintu dari emas, maka berkata jibril:

Ya Muhammad saya datang kepadamu dari rombongan org² yang derhaka dari
umatmu yang masih terseksa dalam neraka, mereka menyampaikan salam kepadamu
dan mengeluh bahawa keadaan mereka sangat jelek dan sangat sempit tempat mereka.

Maka pergilah Nabi Muhammad s.a.w ke bawah Arasy dan bersujud dan, sehingga Allah menyuruh Nabi: Angkatlah kepaamu dan mintalah
memuji Allah dengan pujian yang tidak pernah diucapkan oleh seorang
makhluk pun
nescaya akan diberi, dan ajukan syafaatmu pasti akan diterima.

Maka Nabi Muhammad s.a.w berkata: Ya Tuhanku, org² yg derhaka dari umatku,telah teraksana pada mereka hukumanMu dan balasanMu, maka terimalah.
syafaatku

Allah berfirman: Aku terima syafaatmu terhadap mereka, maka pergilah ke neraka
dan keluarkan daripadanya org yang pernah mengucap Laa ilaaha illallah..

Maka pegilah Nabi Muhammad s.a.w ke neraka dan ketika dilihat oleh Malaikat
Malik segera ia bangkit hormat, lalu ditanya: Hai Malik, bagaimanakah keadaan
umatku yang derhaka?

Jawabnya: Alangkah jeleknya keadaan mereka dan sempit tempat mereka, lalu
diperintah bukalah pintu dan angkat tutupnya.

Maka apabila org² neraka itu melihat Nabi Muhammad s.a.w mereka serentak
menjerit: Ya Muhammad, api neraka telah membakar kulit kami.

Maka dikeluarkan semuanya berupa arang, lalu dibawa mereka itu ke sungai di
muka pintu syurga yang bernama Nahrul Hayawan, dan di sana mereka mandi
atau org² Jahannam yang telah dibebaskan Allah.
Dan mereka kemudian masuk ke
syurga.

Maka apabila org² neraka melihat kaum muslimin telah dilepaskan dari neraka,
mereka berkata:
Aduh sekiranya kami dahulu Islam, tentu kami dapat keluar dari
neraka, demikianlah sebagaimana firman Allah :
Pada suatu saat kelak org² kafir.
ingin andaikan mereka menjadi Muslim

Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abdullah bin Amr r.a berkata :
org² neraka memanggil Malaikat Malik, tetapi tidak dijawab selama empat puluh tahun,
kemudian dijawab: Bahawa kamu tetap tinggal dalam neraka.

Kemudia mereka berdoa(memanggil) Tuhan:
Ya Tuhan keluarkanlah kami dari neraka ini,
maka bila kami mengulangi perbuatan² kami yang lalu itu bererti kami
zalim,
maka tidak dijawab selama umur dunia ini dua kali,
kemudian dijawab: Hina
dinalah kamu di dalam Neraka dan jangan berkata-kata!

Demi Allah setelah itu tidak ada yang dapat berkata kata walau satu kalimat, sedang


yang terdengar hanya nafas keluhan dan tangis rintihan yang suara mereka
hampir menyamai suara himar (keldai)

:copied from Farah Azielia's picture's description....