Saturday, July 9, 2011

Perjuangan mereka itu....

Mereka bercakap tentang menentang kezaliman, penindasan, seolah-olah itulah jihad yg sebenar, yg mrk ialah 'pejuang Allah', tp lawak bile antara mrk, kezaliman dlm diri x pernah pula dilawan, solat jemaah 5x kali sehari x pernah penuh, mengajak manusia ke diri-Nya jarang sekali, mencarut & memaki org laen perkara biase, apekah mungkin kezaliman org lain dapat dilawan?

Pihak di sana zalim, menindas dan mempermainkan rakyat. Dalam sistem SPR, kumpulan BERSIH berjaya membuktikan 1001 jenis penipuan yang dilakukan diorang. Pengundi hantu, undi post tentera yang berlebihan, pengundi sama yang berdaftar dengan 3 kad pengenalan berbeza, perpindahan pengundi dari satu kawasan ke kawasan yang lain supaya memberi kelebihan kepada satu parti, menggunakan PETA untuk mengundi, dan banyak lagi. Supaya itu berjaya dibuktikan dalam satu video dokumentari khas yang dibuat oleh BERSIH dan diletak dalam YouTube. Aku da lihat video tuh dan bukti2 yang diberi memang x dapat nak disangkal.

Tak dinafikan, niat mereka memang murni, tapi malang 1001 malang, cara langsung jauh dari sunnah baginda. Sedih ak lihat manusia ditipu kerana kejahilan ilmu dalam dada. Sebahagian manusia melihat, "Isk nih x betul nih! So ak kene sokong group yang satu lagi." Apa yang mereka cuba lakukan, "melawan kezaliman", sebenarnye bende nih telah dilakukan oleh baginda Rasulullah saw dari 1400 tahun dulu lagi, kenape umat Islam tak mengambil pengajran dari cara baginda???

Mereka cuba melawan kebatilan dengan kebatilan. Mereka menjerit, "Kami ada hak untuk berkumpul secara aman & menyerahkan memorandum kepada Yang dipertua Agong!!". Jauh dalam sudut hati ak nak bertanya, kenape x hantar saje wakil?? Kenape perlu dengan cara mem'provoke' pihak yang zalim sehingga menyeret sekali beribu-ribu orang lain ke dalam kesusahan???

Oleh kerana mereka mengancam utk berkumpul atas nama 'keadilan', pihak yang zalim menggunakan segala kuasa yang dia ada utk melawan kumpulan tersebut.
Akhirnye, beribu-ribu polis ditarik cuti mereka, orang ramai tersekat dalam jem2 selame 2 minggu (1 mnggu lebih), ada pelajar dikurung dalam universiti walaupun mereka tak terlibat, program2 dibatalkan dan banyak lagi bende yang menyusahkan. Akhirnya, ade seorang pakcik tua meninggal. Ya Allah!

Salahkan polis?? Ko cube letak diri ko kat tempat polis. Die diberi arahan supaya cuti seminggu ditarik, kene overtime 24 hours, bermalam kat tepi jalan raya setiap malam utk buat road block, dikerah sane sini carik orang yang pakai baju kuning. Kau ingat dorang suke sangat bak buat bende2 camtu?? Akhir sekali, diberi arahan untuk menyuraikan sekumpulan orang, yang ak rase time tuh, masing2 da stress dan saket hati. Kau fikir die bole cakap "x nak"?? Sia2 dihukum lawan perintah, dibuang kerja, xde lak nak buat fund "untuk anak bini polis2 yang x ikut arahan demi keadilan"???!

Then, takkan nak biarkan saje??
Tak bukan biarkan, tapi ikut care nabi. Ape cara Nabi??
Baginda berdakwah.

Baginda mengajak manusia, seorang demi seorang, kembali kepada ALLAH, pemilik setiap jiwa dan badan kat atas dunie nih. Sedar bahawa diri adalah hamba-Nya yang tak mempunayi ape2, yang dunia ini sementara, yang syurga dan neraka laah tempat yang kita akan KEKAL ABADI. Yang kita sume adalah hamba yang hina, xde ape nak dikejar dunie ini.

Dan dalam berdakwah inilah, kita akhirnya akan melawan kezaliman dalam diri kita dahulu, baru kite bole mengalahkan kezaliman orang lain. Seperti mane kite hendak mengajak manusia solat 5x sehari berjemaah, kite mestilah kene solat jemaah 5x dahulu sehari. Ini tak, solat subuh pon tah kemane, dalam diri penuh dengan kezaliman kepada Allah, mencarut, menipu, mengumpat seperti bende biase, tapi pasang impian hendak melawan kezaliman orang lain. LAWAK.

Wahai umat Islam, bangkitlah. Sedarlah diri. Gune ah kaedah yang baginda da ajar berzaman. Agak2 kalau ahli2 SPR itu sume beriman, takut kepada Allah dari pihak atasan ke bawah, dorang berani ke nak makan rasuah?? Tapi macam mane nak berubah, selame ini yang mengingatkan dorang kepada Allah sikit saje bilangannya, environment langsung melalaikan. Aku rasepon kalau dorang lihat certain manusia yang pergi berarak dalam perhimpunan tuh, makin jauh dari Allah ade ah.

Aku nak cabar, sape yang selame ini men-jerit2 menyokong kumpulan yang 'hendak melawan kezaliman' itu; terjun ke dalam bidang dakwah. Lihat bagaimana perjuangan dan cara sebenar yang diajar oleh baginda.
Adekah mereka sanggup kalau hati dorang betul2 ikhlas. Atau mereka pon hanya sekadar mencari ganjarn kat atas dunie nih, pujian dan glamour?? Cube lawan kezaliman dalam diri, ajak manusia ke jalan-Nya, tambah ilmu yang sebenar dalam dada supaya dapat membezakan ape yang hak, dan ape yang batil.

Ape korang ingat musuh2 Islam memecah belahkan umat Islam, mencuba sedaye upaya supaya manusia jauh dari agama adalah saje2???
Mestilah tidak.

Kerana bile ade sekumpulan besar manusia yang benar2 patuh kepada-Nya, ketika itu keadilan akan naik & kezaliman dapat dilawan, segala jenis kebatilan dan penindasan kat atas dunie ini dapat dikalahkan, seperti yang berlaku 1400 tahun lepas, sume dengan izin-Nya.

"Ketika kecil, kita hendak mengubah dunia. Ketika remaja, kite cube mengubah bangsa. Apabila dewasa, kita sibuk mengubah keluarga. Bila kita tua, baru kita sedar, kite terlupa hendak mengubah diri sendiri."

Islam mengajar untuk mengubah diri sendiri, dengan mengajak manusia berubah.

Wallahualam~

4 comments:

  1. Exactly. Exactly. Thanks Haris, this is refreshing.

    ReplyDelete
  2. Salaam wbt Akhi Haris

    SubhanAllah! Sangat menarik ulasannya.... jazakallahu khair!
    Dah cuti ni rajin-rajin la update blog.

    ReplyDelete