Wednesday, April 20, 2011

Penghuni Syurga dan Neraka

Rasulullah saw bersabda, "Penghuni syurga itu ada 3 jenis;
Pertama, orang yang memiliki kekuasaan, berbuat adil dan diberi taufik untuk bertindak mengikut hukum.
Kedua, orang yang pengasih dan lembut hatinya terhadap setiap ahli keluarga dan orang Muslim.
Ketiga, orang yang menjaga kehormatan diri, menghindari perkara yang keji, tidak mengeluh kerana kekurangan dan tidak meminta-minta.

Sedangkan penghuni neraka ade lima jenis. Orang lemah yang tidak mempunyai pemikiran, yang hanya menjadi pengikut di tengah kalian, tidak mencari nafkah dan tidak pula harta. Pengkhianat yang menampakkan ketamakan, yang berkhianat dalam urusan yang kecil sekali pun. Orang yang setiap saat, pagi dan petang menipumu mengenai keluarga dan hartamu, beliau juga menyebutkan kebakhilan dan kedustaan. Orang yang suka memaki-maki, dan orang yang berbuat keburukan.
(Muslim)

No comments:

Post a Comment