Tuesday, December 16, 2014

Travelog Mesir 1

Aku berjalan ke pantai, melalui terowong bawah tanah untuk melintas jalan raya yang besar ke sebelah laut, lalu mencari 'tramco'. Tramco adalah gelaran yang diberi kepada van2 yang mengambil orang seperti bas, sempena daripada jenama van tersebut. Niat aku ingin ke Mansyiah dan membetulkan beberapa helai tudung yang tersalah potong.
Sebaik sahaja aku naik dari terowong, sebuah tramco sudah pon berhenti di tepi jalan mengutip orang. Aku terus mendekatinya dan bertanya, "Mansyiah?", pemandu tersebut mengangguk. Lalu aku masuk dan duduk di belakang sekali, berkira-kira berapa genih yang ingin aku hulurkan.
Tiba-tiba seorang makcik di dalam van tersebut men-jerit2 kepada pemandu, seolah-olah tidak puas hati dengan harga yang dikenakan. "JSDKJAK!!". Pemandu tersebut, seorang yang berjiwa muda dan baran, meninggikan suaranya juga, "BHSDSJID!!!". Aku seperti biasa tidak faham apa yang mereka katakan.
Mereka saling menjerit kepada satu sama lain, makcik dan juga pemandu dua-dua enggan mengalah. Selepas seorang menjerit, seorang lagi menjawab dengan suara lantang. Ia berlarutan selama beberapa minit sebelum akhirnya penumpang-penumpang lain mencelah, "Khalas2, khalas2", seorang menyuruh pemandu itu teruskan perjalanan, yang lain menepuk2 makcik tersebut.
Diriku hanya memerhatikan peristiwa tersebut, langsung tidak terpegun atau merasakan apa2. Ia adalah perkara biasa di Mesir. Itu adalah budaya dan cara mereka. Bagi orang Arab Mesir, mereka akan bergaduh dan saling menjerit bila berlaku perkara yang mereka tidak puas hati. Jika yang bergaduh itu antara budak-budak muda, bertumbuk dan menendang adalah benda harian. Dan seperti sebuah skrip drama yang dirancang, akhirnya orang sekeliling akan masuk campur dan memisahkan antara mereka.
Lalu aku cuba bandingkan, sungguh berbeza dengan adat dan kebiasaan orang Melayu. Orang kita dengan adab yang berlemah-lembut dan meraikan orang asing, kita lebih suka memaafkan atau menyimpan dalam bila mana orang lain menipu atau melukakan perasaan. Selalu tidak meluahkan perasaan ketidakpuasan hati bila terasa, tetapi lebih kepada sebuah bom yang boleh redha jika kita mendapat sebab untuk memaafkan, atau meletup seperti bom yang menghancurkan sekeliling. Ia seperti dua dunia yang berbeza dengan adat orang Arab Mesir dimana marah mereka hanya seperti mercun atau pop pop.
Di dalam perjalan ke pasar tersebut, di sepanjang pantai memandang Laut Mediterranean, aku bertanya kepada diriku, yang manakah lebih baik? 
Wallahualam.
p/s: di sana, orang Malaysia mendapat gelaran "Ahsan nas", atau maksudnya "Sebaik-baik manusia". haha

No comments:

Post a Comment