Kerana Pekatnya Air Gula
Sang remaja dan anak dara,Orang muda serta si teruna.
Aku melihat kebanyakan kita,
Sungguh asyik membicarakan tentang cinta,
Iaitu cinta antara dua jantina,.
Dan setelah aku memerhatikan seketika,
Aku tersedar mengapa kita sedang terlena.
Bagaimana mungkin kita tidak berfikir tentang cinta,
Bila mana ia sentiasa berada di mana-mana,
Di dalam cerita, novel, nyanyian mahupun sastera,
Serta dalam seloka atau dengan sekeping gambar,
Tidak terlepas daripada memperkatakannya,
Segala kisah keindahan cinta.
Bukanlah diriku hendak mengatakan,
Seolah-olah cinta itu sungguh hina,
Atau rasa tersebut adalah berdosa,
Kerna ia adalah satu kurnia,
Daripada Si Dia Yang Bijaksana,
Dengan sedikit daripada nikmat syurga.
Namun aku hanya ingin menukirkan,
Bahawa masyarakat kita sudah terlebih rasa,
Pada kepekatan manisnya air gula,
Kerana cinta yang sering berkaitan dengan emosi dan jiwa,
Maka jiwa yang sudah hilang keseimbangannya,
Tidak akan mampu terbang ke destinasi mereka,
Sebaliknya lemah ditiup angin kecewa.
Bukan salah berkahwin muda,
Namun aku harap kita lebih bersedia,
Bersedia bukan sekadar menjaga sesama kita,
Tetapi hakikat tanggungjawab pada sang dunia,
Yang telah lama diperketawa dan dihina,
Maka biarlah Allah yang menjaga kita.
Cukuplah kita menambah gula,
Dan meletakkannya pada lain rasa,
Mungkin tentang cerita perjuangan baginda pula.
Mekah Al-Mukaramah
30 Ogos 2012
p/s: terjumpa tulisan ini ketika membelek semula buku nota lama yang sudah diganti baru.
No comments:
Post a Comment