Monday, August 6, 2012

Bangsa Melayu

Idea yang tiba-tiba mendatang, ketika diri sedang memerhati pakcik-pakcik tua di dalam masjid seusai daripada solat Zohor. Karya yang bertajuk, Bangsa Melayu

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang.

Bangsa Melayu,
Adalah sebuah bangsa,
Yang menjadi Raja di Asia Tenggara,
Suatu ketika adalah penakluk benua,
Sedang bahasanya bekas Lingua Franca,
Kalam ilmu agama dan bahtera,
Diguna mereka yang mencari cahaya,
Ketika di zaman kegemilangan nya.

Bangsa ini,
Sangat suka berjenaka dan bergembira,
Bergelak ketawa bila bertemu teman setia,
Senyum sentiasa ketika gembira,
Walaupun pada si pengembara,
Yang baru saja bertegur sapa.

Bangsa ini,
Pada adatnya sangat ramah mesra,
Lemah lembut pada bicara dan bahasa,
Bersulam-sulam dan menyindir perkara biasa,
Tidak gemar memulakan persengketaan,
Sedangkan hati mereka sangat mudah terasa,
Bertikam hanya selepas satu kadar masa,
'Bersabar kita ada had' katanya.

Mungkin semua kerana mereka,
Telah lama ditanam dengan ajaran agama,
Yang kian bertapak sejak kurun 6 lamanya,
Dibawa terus dari punca asalnya,
Para sahabat dan anak murid baginda,
Yang tidak pernah lelah menyebarkan nilai,
Menjadi permata dalam diri kita,
Serta mungkin dalam bangsa Somalia juga,
Yang berkongsi pada pengajaran yang sama.

Bangsa ini,
Bukanlah kaum yang malas sebenarnya,
Tapi hanya kerana terlalu merendah diri dalam jiwa,
Serta kurangnya keyakinan dalam hati,
Hasil dipijak selama seratus tahun lamanya,
Ketika lemah lembut mereka diperguna,
Dan diperikat dengan tipu daya,
Oleh bangsa lain yang licik bercerita,
Kerana berperang dan menipu adalah adat di sana.

Diriku menulis karya ini,
Bukanlah kerana hendak membangga diri,
Jauh sekali dari menabik dada,
Pada darah yang mengalir dalam hati,
Namun hanya ingin lebih mengenali,
Pada diri dan bangsanya sendiri,
Yang sering kali terjatuh ke dalam perigi,
Kerana gagal mengenali,
Siapakah dirinya ini.

Mungkin sudah tiba masanya,
Untuk kita bangkit kembali,
Mengulang sejarah seribu tahun yang dulu,
Sebuah bangsa yang mulianya mereka,
Kerana agama yang diterima.

Gambar hiasan; M Nasir. haha
sumber
Peace~

p/s: semoga semua nilai-nilai murni dalam bangsa kita kekal sehingga ke hujung zaman. =)

3 comments: