Sunday, February 12, 2012

The Holy Quran

Cool~


p/s: have you read the Quran today?

'Aishah (May Allah be pleased with her) reported: The Messenger of Allah (PBUH) said, 
"The one who is proficient in the recitation of the Quran will be with the honourable and obedient scribes (angels) and he who recites the Quran and finds it difficult to recite, doing his best to recite it in the best way possible, will have a double reward." (Al-Bukhari and Muslim)

Abu Musa Al-Ashari (May Allah be please with him) reported: The Messenger of Allah (PBUH) said, 
"The believers who recites the Quran is like a citron whose fragrance is sweet and whose taste is delicious. A believer who does not recite the Quran is like a date-fruit which has no fragrance but has sweet taste. The hypocrite who recites the Quran is like a colocynth whose fragrance is so sweet, but its taste is bitter. The hypocrite who does not recite the Quran is like basil which has no fragrance and its taste is bitter." (Al-Bukhari and Muslim)

=)

Apakah itu SYIAH?

Sebuah forum yang dianjurkan untuk menyebarkan dan memberitahu kepada orang awam dengan lebih jelas apakah itu ajaran Syiah, serta persoalan-persoalan seperti;

Siapakah Syiah, serta apakah ajaran mereka?
Adakah terdapat titik pertemuan antara Syiah dan Sunni supaya kita dapat bersatu?
Apakah tuduhan mereka terhadap Sunni dan sahabat?
Adakah ia sebuah mazhab atau agama yang berbeza?
Adakah mereka kafir atau tidak?

Walaupun video ini agak lama (2 jam) tapi aku sangat galakkan kepada sesiapa untuk tonton forum ini sehingga habis dan dengar penjelasan mereka, supaya diri kita dapat pencerahan.

Oh ye, moderator agak tak best, tapi panel-panel oke je, haha. =)



Saturday, February 11, 2012

Amuk, Malays, and Respect...

"Amok" or 'amuk' as known in Malay, is an English word which is specifically taken from Malays words, because we are of the few races in the world who is known to very tend to do it.

What is 'amuk'?
Oxford Dictionary define amok as;
"(in phrase run amok) behave uncontrollably and disruptively:"

And according to Wikipedia:
"Running amok, sometimes referred to as simply amok[1] (also spelled amuk, from the Malay meaning "mad with uncontrollable rage") is a term for a killing spree perpetrated by an individual out of rage or resentment over perceived mistreatment."

While Malays culture has a deep root of respecting, be courteous and nice to everyone, amuk simply happened when one who we treat nicely start to disrespect and becomes very RUDE.
As we also have the tendency to be very patience and holding back ourselves instead of scolding back when been insulted, but when the 'patience level' reach the maximum, that is when 'amuk' happened.

Hence, just a sincere reminder,
RESPECT OTHERS, AND OTHERS WILL RESPECT YOU.

if not, you really don't want to know what will happened after the patience dry up....

(honestly, this is nothing personal)

peace~ =)

seorang anak kecil menjadi Imam

sedap... jeles* haha


"Sesuatu kaum itu diimami oleh orang yang paling baik bacaan Al-Qurannya, jika bacaan Al-Quran mereka semua sama, maka pilihlah dari kalangan yang paling mengetahui sunnah/hadis (dalam solat), jika didalam bidang sunnah juga sama, maka pilihlah dari kalangan yang paling awal berhijra (paling banyak pengorbanan kepada agama), jika mereka dari segi hijrah juga sama, pilihlah dari umur yang lebih tua." (Hadis Riwayat Imam Muslim)

p/s: ade banyak juga hadis lain tentang faktor pemilihan Imam (ie seorang pemimin), tapi hadis ini hanya untuk menjelaskan pemilihan budak ini. Suara dia memang sedap bukan?

=)

Pray





Pray, as if you're seeing Him in front of you.
Pray, because you love Him.
Pray, and expressed all your problem to Him alone, for He is The All Mighty, All Powerful.

=)

Melihat ke negara sebelah...

Untunglaa lahir kat Malaysia, seriously =)

Ungrateful people, they will see all the bad things, complain and moaning about them all the time.

Being grateful is about seeing what we have in our hand what others don't have, AND try to improve ourselves instead of putting the blames on others.

Ya Allah, I can't be less grateful to You that I was born in Malaysia!
Alhamdulillah~
=)

Video: The toughest place to be a Bin Man

Friday, January 27, 2012

CINTA =)

"Its take no time to fall in love, but it take you years before you know what love is." -Jason Mraz; Life is Wonderful-


source: ILuvIslam
Kerana cinta, seorang budak boleh menjadi matang.
Kerana cinta, dua negara boleh menjadi lawan,
Kerana cinta, rasa pahit menjadi manis,
Kerana cinta, gunung tinggi sanggup didaki, lautan luas rela diharungi,
Kerana cinta itu sungguh indah dan tak terungkap dengan kata-kata.

Bahasa cinta melangkau sempadan bahasa dan budaya, menyeberangi garisan-garisan pemisah antara negara, singgah di hati manuisa tidak mengira umur dan jantina. Tanpanya, dunia ini boleh menjadi porak-poranda, sebuah kehidupan akan hilang rasa manisnya, dan kita akan menjadi seumpama sebuah robot yang hanya menunggu masa untuk dihina selepas tamat tempohnya.

Sudah lama diriku ingin menukilkan tentang perasaan hebat ini, bukan untuk bermadah pujangga, meluahkan perasaan kepada sesiapa, ataupun cuba bermain-main kata untuk hiburan.

Sebaliknya, aku hanya ingin mengajak dan membawa kita semua berfikir, mengatakan bahawa cinta ini perlu diletakkan di tempatnya yang sangat teristimewa. Ini kerana, cinta yang aku ingin perkatakan ini bukan cinta yang biasa kita temui di dalam cerekarama ataupun seni musik, tapi cinta yang sangat mendalam dan berada di bawah payungan rahmat-Nya.

Jika aku mengatakan, ketika diri kita jatuh cinta kepada seorang wanita, apakah tindakan sebenar yang kita perlu lakukan?
Adakah lanjutannya adalah dengan meluahkan perasaan tersebut kepada si dia, serta meminta dia menjadi teman wanita, di kala diri ini belum lengkap ilmu dan persiapan di dada?

Ataupun kita hanya sekadar memendam perasaan tersebut, melihatnya dari jauh serta menunggu sehingga tiba masanya, walaupun masa tersebut adalah 10 tahun kemudian?

Sesungguhnya, pilihan yang kedua itu lagi pahit rasanya daripada yang pertama, tapi ramai terlupa yang pahit itulah yang benar.

Kenapa, engkau bertanya?

Kerana bukankah kalau benar kita mencintai si dia, bagaimana mungkin tiba-tiba kita sanggup menjadikan diri ini sebagai penyebab dirinya terhumban ke dalam neraka?

Bukanlah aku bermaksud perbuatan pertama kita itu akan secara automatik menyebabkan dia masuk neraka, kerana Dia Maha Pengampun dan Maha Penyayang, tapi kita secara tidak langsung menyumbang faktor yang boleh menjadi punca kita dan dia memasuki neraka.

Aku sering keliru dan tertanya-tanya, ketika diriku suka pada seorang wanita, adakah ia kerana kecantikan wanita itu semata-mata, atau kerana jiwa yang ada di sebalik wajah itu? Iaitu jika orang yang sama berada di dalam tubuh badan yang lain, aku tetap akan memilih dia?

Di sinilah, aku ingin menyatakan perbezaan pada dua benda yang nampak serupa, tapi hakikatnya berbeza.

Antara "Cinta kerana Dunia" dan "Cinta kerana DIA, Si Pencipta dan Pemilik Nyawa" .

Iaitu, jika seorang anak benar-benar mencintai ibu, dan bapanya, die berusaha sedaya upaya untuk menjadi seorang yang soleh atau solehah kerana ingin membawa ibu bapa nya ke syurga, ataupun bimbang diri ini menjadi punca mereka dihumban ke dalam neraka.

Dan seorang sahabat yang mencintai rakan-rakannya, resah gelisah apabila melihat mereka terlampau leka dengan dunia ini, sehingga menyebabkan diri mereka digelumangi dengan dosa, akan sanggup dihina dan dipandang remeh ketika menegur dan memberikan nasihat, kerana dia tau teguran itu adalah untuk mereka semata-mata.

Serta banyak lagi contoh lain.

Bukankah secara tidak langsung, ini adalah lagi indah?

Apabila diri kita melakukan sesuatu yang sangat pahit dan payah, seperti berubah dan berhijrah menjadi diri yang lagi baik, menahan nafsu, akhirnya bukan semata-mata untuk kebaikan diri kita, tapi semata-mata kerana orang-orang yang kita cintai.

Cinta inilah yang menjadi faktor terbesar, dalam menggerakkan diri kita dalam perjuangan menjadikan dunia ini lebih indah, maka jalan yang sangat pahit dan mencabar itu akan diubati kepada dengan perasaan cinta ini.

Seperti mana baginda Rasulullah SAW yang berdakwah ke kota Thaif, apabila baginda diherdik oleh pemimpin-pemimpinnya, dihina dan diejek oleh kanak-kanak di situ, serta dihalau dengan dibaling batu supaya baginda meninggalkan kota tersebut, sehingga patah satu gigi baginda dan darah mengalir, bertakung di dalam kasutnya, perasaan apakah selain cinta kepada umatnya apabila baginda memaafkan mereka, walaupun ditawarkan oleh malaikat bukit untuk menghempap bukit-bukau itu ke atas kampung tersebut? Malahan, baginda (SAW) sanggup mendoakan kampung tersebut, "Semoga mereka mempunyai generasi yang menyembah Allah" .

Maka CINTA INILAH adalah seindah-indah dan semulia perasaan cinta. =)

"Daripada Anas RA daripada Nabi Muhammad Sallallaualaihiwassalam (SAW): "Tidak sempurna iman sesorang daipada kamu, selagimana die belum mencintai saudaranya (sesama Muslim) sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri."(Sahih Bukhari)

p/s: cubaan menggunakan bahasa Melayu formal, dalam usaha memartabatkan keindahan bahasa ini. Teruja sekejap dengan gaya professor-professor tua berbicara menggunakan bahasa Melayu yang bersih daripada campuran BM-BI, lol.